post ni agak terlalu lambat,
sangat2 lambat sebab mood blogging hilang entah ke mana,
akhirnya jumpa jugak mood tersebut dan memulakan semula aktiviti ini dek rasa bosan yang melampau.
20 Mac 2014 merupakan tarikh keputusan Spm diumumkan bagi calon2 spm tahun 2013.
Anak2 1996 mula resah gelisah,dan saya tidak terkecuali.
Perasaan pada ketika itu bercampur-baur.
antara tenang dan gelisah.
akhirnya Redha sahaja dgn segala yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Sangat berterima kasih kepada Haziq dan Amirul yg perasan akan ketidakstabilan saya beberapa minit sebelum keputusan diumumkan,
akhirnya pergi ke tandas dan menangis,walaupun keputusan belum diumumkan.
kerana perasaan sebak,sekiranya tidak mendapat kejayaan seperti yang diharapkan ibubapa saya,guru2,keluarga serta rakan2.
Anak sulung pasti faham, kita menjadi contoh kepada adik2 yang lain,
dan ini merupakan peluang untuk memberi semangat kepada adik beradik lain untuk menandingi kita.
Tahun ni SPM SEMASHUR nombor 10 dalam ranking SBP dan kami berbangga kerana batch 0913 TGV berjaya naik hingga ke tahap ini. Semoga batch2 seterusnya dapat menaikkan lagi nama SEMASHUR dalam SPM sehingga berada di tempat pertama dalam SBP.
Results saya Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.
Berikut merupakan beberapa gambar sebelum masuk ke dewan:-
seterusnya merupakan gambar setelah keputusan diumumkan:-
Tahniah diucapkan kepada semua ahli TGV 0913, you've done your best,
you guys are awesome and hope our friendship will stays forever.
No comments:
Post a Comment