Adventure Time - Finn 3

Wednesday, May 20, 2015

Move On

Assalamualaikum w.b.t.,

Nak dijadikan cerita, kehidupan sebagai pelajar asasi di cfs iium baru sahaja berakhir dan rasa bersyukur sangat sebab berjaya tempuh semua halangan dalam proses nak menamatkan asasi ni.

Banyak sangat memori dekat cfs iium Gambang terutamanya dengan classmates lah apa lagi. hahaha. Group 641. Memang best.



Kat sini lah aku belajar macam-macam daripada orang yang berlainan latar belakang, aku belajar untuk menghargai semua orang kat sekeliling aku, belajar untuk memperbaiki diri sendiri yang sememangnya tak lari dari dosa dengan nasihat atau kata-kata  rakan-rakan yang sememangnya lebih arif dalam bidang agama dari aku sendiri.

Walaupun cfs tu belum sepenuhnya siap, tapi entah lah, rasa apa yang ada tu pun dah cukup okay. Alhamdulillah, memang puas hati dengan tempat tinggal kat sana. Bilik,tandas,court futsal,tempat belajar. Semua pun okay lah bagi aku. Not bad. Rasanya tak sempat siap habis sebelum batch baru masuk cfs iium gambang tu. Tapi boleh dikatakan, hampir 70% bangunan dah siap pembinaan cuma tinggal pasang benda2 macam tingkap, cat, pasang rumput untuk padang besar. Persekitaran pun tenang je, pagi-pagi tu memang wajib la berkabus tebal.





Gambang ni memang jauh sikit. So,perjalanan nak ke bandar pun dalam sejam setengah kalau ambik bas rapid. Tapi dekat sana memang worth lah, nak jalan pergi megamall, kuantan parade, ECM, nak pegi stadium darul makmur pun boleh tapi tapi tak pernah jejak pun. hahaha Sebab dah tau confirm balik lambat.

Lupa nak mention Teluk Cempedak. haaaa... tempat ni pun famous. serious talk. memang tak rugi lah pergi lagi-lagi kalau trip sekelas. hahahaha. maklum lah aku dah lama tak pergi tepi pantai, tengok laut,so bila dapat pergi memang macam-macam lah aktiviti nya.

Belajar Alhamdulillah semua okay. Insya Allah, hopefully, kehidupan kat degree nanti okay je sebab aku ambik one year, and orang kata,orang katalah jadual degree lebih kurang macam jadual one year programme je, so insya Allah boleh. Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka dapat masuk one year programme and bersyukur sangat dapat masuk program ni walaupun masa sem 1 dulu kena ambik arab sebab masih level 2. So, semester satu kalau ingat balik, memang struggle sebab first, tak biasa dgn sistem belajar kat U lagi masa tu. Tambah pulak, aku ambik satu subjek lebih daripada classmates yang lain, so jadual dia faham-faham lah, arab setiap hari 2 jam, dan Alhamdulillah berjaya jugak exempted hasil didikan ustaz2 di sana.

Classmates aku, bagi aku semuanya baik. Semua penuh dengan ilmu and selalu share apa-apa benda baru dengan classmates.  Semua senang get along. Aku pun berterima kasih and tehutang budi kat diorang semua sebab selalu ajar dan bagi support dekat kawan-kawan lain especially aku sendiri lah.

So, next is UNGS. program ni patutnya buat kat Gombak, tapi tukar ke Kuantan so, okay lah, halal lah. insya Allah, lepas cuti sem 3 ni aku akan ke Kuantan balik. raya kat sana lah kot. hahaha. apa-apa pun doakan aku berjaya dalam menghadapi halangan yang lebih besar lagi masa degree nanti insya-Allah.



Sekian.



Tuesday, April 8, 2014

*insert title here*

Assalamualaikum w.b.t,
post ni agak terlalu lambat,
sangat2 lambat sebab mood blogging hilang entah ke mana,
akhirnya jumpa jugak mood tersebut dan memulakan semula aktiviti ini dek rasa bosan yang melampau.

20 Mac 2014 merupakan tarikh keputusan Spm diumumkan bagi calon2 spm tahun 2013.
Anak2 1996 mula resah gelisah,dan saya tidak terkecuali.
Perasaan pada ketika itu bercampur-baur.
antara tenang dan gelisah.
akhirnya Redha sahaja dgn segala yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Sangat berterima kasih kepada Haziq dan Amirul yg perasan akan ketidakstabilan saya beberapa minit sebelum keputusan diumumkan,
akhirnya pergi ke tandas dan menangis,walaupun keputusan belum diumumkan.
kerana perasaan sebak,sekiranya tidak mendapat kejayaan seperti yang diharapkan ibubapa saya,guru2,keluarga serta rakan2.
Anak sulung pasti faham, kita menjadi contoh kepada adik2 yang lain,
dan ini merupakan peluang untuk memberi semangat kepada adik beradik lain untuk menandingi kita.

Tahun ni SPM SEMASHUR nombor 10 dalam ranking SBP dan kami berbangga kerana batch 0913 TGV berjaya naik hingga ke tahap ini. Semoga batch2 seterusnya dapat menaikkan lagi nama SEMASHUR dalam SPM sehingga berada di tempat pertama dalam SBP.


Results saya Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Berikut merupakan beberapa gambar sebelum masuk ke dewan:-





seterusnya merupakan gambar setelah keputusan diumumkan:-






Tahniah diucapkan kepada semua ahli TGV 0913, you've done your best,
you guys are awesome and hope our friendship will stays forever.